3.2 Peluasan Kuasa British di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang
Strategi British Meluaskan Kuasa di Negeri-negeri Melayu
1.Strategi Manipulasi
i)Perang Larut 1861-1874
- Pemerintah Larut,Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk perlombongan bijih timah di Larut
- Pergaduhan pelombong Cina antara kumpulan Ghee hin dan Hai San untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut
- Pergaduhan yang berpanjangan di Larut menjejaskan perdagangan bijih timah di Negeri-negeri Selat
- Golongan pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat meminta British campur tangan untuk melindungi pelaburan mereka dalam perlombongan bijih timah
Pertabalan Sultan Ismail
- Selepas kemangkatan Sultan Ali,Raja Ismail iaitu Raja Bendahara dilantik sebagai Sultan
- Mendapat sokongan pembesar Hulu Perak termasuk Ngah Ibrahim,Menteri Larut
Raja Yusuf :Raja Di Hilir menuntut haknya sebagai Sultan setelah sekian lama diketepikan
Tuntutan Raja Abdullah
- Raja Abdullah:Raja Muda tidak ditabalkan sebagai sultan kerana tidak hadir ke upacara pemakaman Sultan Ali walaupun dijemput
- Menuntut kembali haknya sebagai sultan akibat masalah kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina
- Mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti Dato' Maharaja Lela
Pihak yang Terlibat dalam Perang Klang
Raja Abdullah bin Raja Jaafar
- Memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada Sultan Abdul Samad
- Memajukan daerah Klang sebagai pusat pengeluaran bijih timah dengan pembukaan lombong di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur
- Mendapat sokongan daripda kumpulan Hai San
- Putera Raja Sulaiman mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah
- Kemajuan perlombongan bijih timah di daerah Klang mendorong Raja Mahadi menuntut hak ke atas daerah tersebut yang pernah diletakkan di bawah kekuasaan ayahandanya
- Mendapat sokongan daripada kumpulan Ghee Hin
Kepentingan Sungai Linggi
- Laluan penting yang menghubungkan sungai Ujong dengan kawsan sekitarnya
- Membolehkan pembesar mendapt hak pemungut cukai terhadap pedagang yang membawa keluar bijih timah melalui sungai untuk dibawa ke pelabuhan Melaka
Dato' Kelana,Dato' Syahbandar dan Dato' Muda Linggi bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi.Namun,ia dimanipulasi oleh British.Daripada itu,British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi.
Desakan dan Paksaan kepada Raja-raja Melayu Menerima Perlindungan British
Desakan British di Selangor
Sebab-sebab desakan British
- Rompakan kapal dagang British pada tahun 1873 di perairan Kuala Langat
- Serangan rumah api pada tahun 1874 di Tanjung Rachado
Desakan dan Paksaan British di Pahang
Desakan:British mendapat bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor,Sultan diminta bertanggungjawab terhadap kematian Goh Hui
Paksaan:Memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British dan seorang wakil British
Strategi Menandatangani Perjanjian dengan Pemerintah Tempatan
Antara Syarat Perjanjian Pangkor
- Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
- Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberikan sebuah jajahan kecil untuk ditadbir
- Sultan menerima seorang Residen British.Nasihat mesti diminta dan dipatuhi dalam semua urusan pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu
- Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen
- British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
- Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong
- British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi
- British membantu Sultan memerintah negeri
- British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang dann Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor
- British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang
- Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British
Peranan: - Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu
- Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi
Perak:Sultan Abdullah,J.W.W. Birch (1874-1875)
Selangor:Sultan Abdul Samad,J.G. Davidson (1874-1875)
Pahang:Sultan Ahmad,J.P. Rodger (1888-1896)
Negeri Sembilan:Tuanku Muhammad Yamtuan Besar,Martin Lister (1895-1897)
Ciri-ciri
- Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan
- Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya
- Sultan dan pemb esar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai
- Residen mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar-pembesar dan negeri
- Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisional
Comments
Post a Comment