3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang

Kekayaan Bijih Timah

 Bijih timah merupakan barang dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-15

  • Orang Melayu di lembah-lembah sungai mengusahakan perlombongan bijih timah pada abad ke-15.
  • Orang Melayu melombong bijih timah untuk diperdagangkan dan kegunaan tempatan.
  • Dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu yang membekalakan keperluan perbelanjaan.
  • Pembesar Melayu memperoleh kawsan peganagan melalui surat tauliah daripada sultan.
  • Perdagangan bijih timah merupakan punca pendapatan mereka.
  • Sultan menerima sebahagian daripada hasil perdagangan bijih timah.


PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-17

Lokasi Perlombongan

-Perak

-Sepanjang Sungai Perak dan anak sungai di daerah sekitar Kuala Kangsar dan Kelian Intan

-Dilombong di Manjung dan Beruas pada tahun 1616

-Pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan dikunjungi pedagang Portugis

-Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya pada abad ke-16 hingga abad ke-17

-Menggunakan bijih timah sebagai bahan bernilai untuk mendapatkan perlindungan Portugis di Melaka untuk membebaskan Perak daripada naungan Acheh

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-18

Perak

-Pelombong-pelombong kecil Melayu seperti di kawasan Larut seperti Kerian,Kurau,Larut,Terong dan Beruas

-Sultan Perak,Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka

-Pengeluaran bijih timah Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan kepada pedagang British di Pulau Pinang melalui Sungai Kurau pada akhir abad ke-18

Selangor

-Ramai pedagang luar ke Kuala Selangor kerana kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor

-Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dan Belanda pada tahun 1790

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE-19

Larut

-Hasil penemuan bijih timah di Larut mncapai tahap penting pada tahun 1840-an

-Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru denagn membawa masuk pelombong Cina

-Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang

Lembah Kinta

-Lembah Kinta menjadi pengeluar utama bijih timah dunia pada abad ke-19

-Perlombongan bijih timah menyebabkan kemunculan bandar Gopeng,Ipoh,Batu Gajah dan Kampar

-Sultan Ismail mengusahakan kawasan perlombongan baharu di Lembah Kinta menyebabkan kemunculan bandar Papan dan Pangkalan Peguh



Jugra

-Sultan Abdul Samad (1857-1898) menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbiran Kesultanan Selangor

-Jugra memainkan peranan penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan berpindah ke Klang

-Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk dibawa ke Melaka

Kuala Lumpur

-Pada tahun 1860,Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah terpenting di Selangor

-Bijih timah berjaya dilombong di Ampang.Kuala sungai yang menjadi pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Lumpur dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah

Ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang membentuk bandar Kuala Lumpur

Lukut

-Wilayah Kesultanan Selangor.Perlombongan bijih timah di Lukut diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina

-Pada tahun 1830-an,selepas kemangkatan Raja Busu,Raja Jumaat berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah terkenal

-Pada tahun 1880,Lukut diserahkan kepada daerah Sungai Ujong,Negeri Sembilan melalui rundingan Sultan Selangor denganpemerintah Sungai Ujong

-Kajang,Semenyih dan Beranang sebelumnya di dalam kawasan Sungai Ujong menjadi sebahagian daripada wialayah Kesultanan Selangor

Kekayaan Hasil Emas



Lokasi Perlombongan Emas di Pahang

- Hulu Pahang iaitu di sekitar Sungai Tembeling,Sungai Jelai dan Sungai Semantan

-Kawasan-kawsan penting:Raub,Tui,Tersang,Selinsing,Penjom,Kechau dan Hulu Dong



Abad Ke-16 dan Ke-17

  • Dijalankan oleh orang Melayu,orang Asli dan orang Minagkabau
  • Menggunakan kaedah melampan dan mendulang
Abad Ke-18

  • Kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan,Perak dan Negeri Sembilan
  • Menggunakan kaedah melampan
Abad Ke-19

  • Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan perlombongan di Pahang
  • Perlombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah

Comments

Popular posts from this blog

3.2 Peluasan Kuasa British di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang

3.3 & 3.4 Pembentukan dan Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu